Ready... Action!!

Filed under: , by: maxxcena



Budaya kita? Entahlah, aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana boleh wujudnya semangat perkauman, juga puak - puak yang tidak sepatutnya wujud. Mungkin perkara ini sudah biasa terjadi tetapi dari mata aku ia kelihatan semakin teruk. Mungkin inilah "tanda - tandanya" ? Pagi ini, semasa aku dalam perjalanan untuk menaiki komuter, aku telah melihat satu situasi seolah - olah dalam movie holywood.

Dua orang lelaki gelap [ Lg ] bersama seorang lelaki coklat [ Lc ] sedang bertengkar. Lg itu lebih banyak tutur katanya ( boleh masuk pidato atau perbahasan cuma kena perbetulkan ayatnya ) berbanding Lc yang hanya mendiamkan diri. Kemudian si Lc menggenggam tangannya seolah - olah memberi isyarat mahu menumbuk. Si Lg ( dua orang ) memberi amaran , " buatlah kalau berani ". Aku teruskan perjalanan dan tidak mahu terlepas komuter hanya disebabkan menyaksikan " filem murah " itu. Namun dari jarak yang jauh aku masih dapat menyaksikan konco - konco rakan - rakan Lg itu semakin ramai dan mengejar si Lc yang cuma berjalan.

Disebabkan benda yang remeh, mereka boleh bergaduh sebegitu teruk. Mengapa tidak ketika zaman penjajahan Jepun dahulu, wujudnya orang - orang yang handal sebegini? Mungkin bagi mereka bergaduh itu dapat menunjukkan mereka seorang yang berani, gagah, dan handal tetapi dalam masa yang sama sebenarnya mereka juga sedang menunjukkan sifat yang bodoh tidak baik.

Persoalan " dari manakah datangnya sikap seperti ini " masih menjadi tanda tanya buat aku. [ akibat dari menonton rancangan aksi?? ] . Mungkin kamu mempunyai pengalaman mengenai perkara ini lebih daripada aku, jadi kamu boleh bayangkan apa yang akan berlaku dimasa akan datang jika ianya masih berterusan. Baca sahaja cerita ini. Bagi aku sekuat mana pun kita, suatu hari akan mati juga.







nota : mereka bergaduh memang hebat, tetapi masih tidak mampu mengharumkan negara dengan sukan - sukan yang seangkatan dengannya [ masuk la pertandingan silat, muay thai, wresling dan lain², sekurang - kurangnya kesakitan yang kamu alami itu membawa keuntungan ].

2 comments:

On 17 Jun 2009 pada 10:30 PTG , IxoR@ berkata...

Hihhiiii....comel la tupai tu!

Macam-macam hal...

 
On 11 Ogos 2009 pada 1:21 PG , youngkursz berkata...

wah tupai star wars datang ..... lam kenal ditunggu kunjungan balik nya ...