Blog untuk blog

Filed under: by: maxxcena

Setelah lama blog ini terhenti, kini aku menghidupkannya kembali. Dulu tekanan terhadap aku terlalu banyak sehingga aku kehilangan mood untuk meng update blog. Antara sebabnya adalah kerosakkan hard disc aku secara mengejut sekali gus menghilangkan data - data aku, juga disebabkan kerosakan kepada template blog aku [ kerana kurang mahir dalam meng - edit blog ]

Dalam masa aku menghilangkan diri itu, aku masih lagi menjelajah ke blog - blog lain. Pelbagai cara mereka menggunakan blog, ada yang menulis ibarat dairi, ada yang menulis mengenai gosip artis, blog aktiviti artis, dan banyak lagi sehinggakan aku sendiri tidak mampu menyenaraikannya. Dalam banyak - banyak kategori blog ini, yang sering menarik perhatian aku adalah blog jenis tutorial. Tidak kira tutorial mengenai apa, pasti aku mudah tertarik dengannya.

Blog - blog jenis tutorial ini juga telah menaikkan semangat aku untuk membaik pulihkan blog ini. Aku masih lagi dalam proses untuk meng - edit blog ini tetapi kali ini dengan cara yang lebih berhati - hati juga berlandaskan tutorial dari blog - blog tertentu. Sememangnya owner bagi blog tutorial ini sangat berjasa terutama kepada penulis blog yang tidak mahir seperti aku. Jutaan terima kasih kepada penulis blog jenis tutorial kerana anda menulis blog adalah untuk blog ( tetamu anda ). Bagi aku anda adalah " sifu " di alam maya. ;D





0 comments: