Momok ke?

Filed under: by: maxxcena


Pontianak? Jembalang? Toyol? Dan bermacam-macam lagi makhluk ghaib yang sebenarnya adalah syaitan dan jin atau lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai hantu. Syaitan dan jin memang sudah dinyatakan dalam agama Islam, tapi macam mane pulak dengan hantu? Aku bukan nak bercerita mengenai latar belakang hantu, tapi sikap sebilangan rakyat yang begitu taksub dengan benda-benda macam ni. Boleh dikatakan majoriti individu kat Malaysia ni jadi penakut(sipi-sipi termasuk aku) sebab benda² ni kecuali bagi orang yang tinggi ilmu dan kuat imannye. Ye la, dulu time kecik-kecik kite selalu dimomokkan dengan hantu. Bila nak masuk bilik sorang-sorang mule la ade orang yang cakap, "main la sorang-sorang dalam bilik tu, nanti momok datang tangkap die", dan akibatnyer sampai ke besar jadi penakut. Itulah punce utame aku jadi sedikit penakut(tapi sekarang dah ok). Benda ni nampak macam takde kesan kan? tapi orang yang selalu dimomokkan boleh jadi penakut yang ter-sangat-sangat. Sehingga pada satu tahap boleh merosakkan fikiran, terutama bagi golongan Hawa. Kita selalu tengok perempuan terkena histeria kan? Selepas sedar, perempuan tu akan cakap yang dia terlihat makhluk-makhluk halus ni. Betul ke? Itulah kisah yang aku nak kongsikan berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Al-kisah : Sebagai seorang muslim yang tinggal di asrama penuh, kami diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah setiap waktu. Laluan untuk ke surau adalah di antara asrama lelaki dan perempuan. Di pendekkan cerita, memang menjadi kebiasaan aku dan rakan-rakan untuk balik ke asrama sebelum orang lain naik dulu(kadang-kadang tak bace doa lepas sembahyang pun..ish3). Pada suatu malam tu, kawan aku dapat idea untuk menakut-nakutkan pelajar perempuan dan die hanya membawa satu kelengkapan iatu cadar putih! Pada malam tu pulak, ade seorang pelajar perempuan ni jalan sorang-sorang dan die merupakan pelajar perempuan pertame yang keluar dari surau tanpa ditemani oleh sesiape kat belakang die. Member aku yang sememangnye menanti mangsa ni terus keluar berlari melintas depan perempuan tu pada jarak lebih kurang 8 meter. Mangsa pun terus menjerit sekuat hati. Die terus meracau-racau macam orang ape ntah dan terus pengsan. Malam tu terus heboh 1 asrama tentang mende tu. Kawan aku pulak menggelabah sambil mengingatkan aku supaya tak bagi tau orang tentang aktiviti die. Pada besok paginyer, dalam kelas aku bebudak perempuan ni heboh cerita pasal perempuan yang histeria tu nampak perempuan baju putih, rambut panjang dan macam-macam lagi ceritanyer. Tapi kisah sebenarnye? Hmm...dah sah diorang tu cume buat cerita jee..

Tidak aku nafikan bahawa sememangnya wujud gangguan yang betul, tapi kita mestilah perkuatkan diri dengan iman dan keberanian. Aku sendiri pernah menyaksikan kejadian aneh bersama keluarga, tapi tak larat pulak korang nak bace nanti(sebab panjang sangat). Kalau korang nak tengok gambar-gambar misteri ni, korang tengok la kat sini dan aku ingatkan kat korang bahawa kebanyakan gambar-gambar tu adalah di-edit dan banyak keraguannye. Walaubagaimane pun aku minat movie-movie seram sebab ia men-saspenkan(lagi best kalau menonton bersame awek,hehe..)
;D

1 comments:

On 11 April 2009 pada 11:04 PTG , IxoR@ berkata...

Ish, jgn berani sgt.....ngeh ngeh ngeh...nti dia datang!