Malang tak berbau, yang berbau cumelah ubat yang aku pakai. Itulah akibat yang aku terima bila excident. Kalau korang perasan, postingan aku sebelum ni lebih kurang 47% bercerita mengenai excident, dan belum sempat aku poskan satu lagi postingan, aku pulak yang excident. Kemalangan yang aku terima ni bukanlah yang pertame kalinya sebab sebelum ni aku dah pernah excident. Oleh itu, sebagai seorang yang agak berpengalaman dalam dunia excident ni, aku nak kongsikan cerita macam mane aku boleh excident.
Kes 1 : Kejadian ni terjadi waktu aku menunggang motorsikal bersame seorang pembonceng (member aku) pada pukul 11.25 p.m (lebih kurang macam ni la waktu dier) di kawasan yang gelap pada mulanye tetapi di kawasan yang berlampu pula terjadi kemalangan. Kemalangan ni berpunca dari kecuaian aku yang tidak mematikan signal dan juga dari seorang penunggang misteri yang membawa awek dengan kelajuan yang maksimum. Beliau(penunggang misteri) telah merempuh aku dari belakang dan terkena sedikit kat kaki aku. Ape yang terjadi adelah, motor beliau berselerak di atas jalan(ibarat pepasir di tepi pantai), manakala Modenas Kriss aku sekadar sedikit retak dan calar. Mujur lah tiada sesape yang patah tulang, semuanya sekadar dijahit kulit yang koyak terutama awek tu.
Kes 2 : Kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 p.m (lebih kurang macam ni la waktu dier) selepas aku pergi meluangkan masa di kedai makan bersama member. Pada permulaan, keadaan amat baik dan semuenye terkawal tetapi tidak sampai 15 minit motorsikal yang ditunggang oleh member aku boleh merempuh dan dirempuh oleh kereta. Ape yang aku ingat, aku terpelanting ke atas jalan dan terseret sedikit. Kemalangan kali ini lebih sakit kerana bahagian depan badan aku terhempas atas jalan dan aku mengalami senak serta sesak nafas. Tetapi selepas aku menjalani pemeriksaan doktor, takde tulang aku yang patah, cume aku akan mengalami sakit otot yang agak menyakitkan. Member aku pulak sekadar cedera ringan. Semuenye berpunce dari kereta yang ingin membelok tapi taknak bagi signal.
Biarpun dah 2 kali aku excident, tapi aku bersyukur sebab aku tak mengalami kecederaan yang serius. Kepade pengguna-pengguna jalan raye di luar sane, berhati-hatilah di jalan raye, ingatlah orang yang tersayang, anda mampu mengubahnye....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
org kata malang tak berbau.kdg2 kalau terlalu berhati2 pun..malang tetap terjah manusia....
ya ya...
semue ni adelah ujian..
Ingatlah orang yg tersayang...
"sempat lagi bagi nasihat khidmat masyarakat ye..."
...Hati-hati tidak kira di mana saja kita berada ! :D
hehe..
ingat mengingati amalan kite...
:D