Tarikh : Mac 2009

Filed under: , by: maxxcena


Pelbagai perkara yang terjadi pada bulan ini. Walaupun aku menulis postingan ini sebelum tamat bulan Mac, tetapi aku cube nak kongsikan beberapa perkara yang dah berlaku. Antara yang menarik pada bulan ini adalah Earth Hour iaitu sempena hari menyelamatkan bumi dari pemanasan global. Pada waktu ini, semua lampu perlu ditutup dari pukul 8.30 p.m - 9.30 p.m.
Selain itu adalah pembinaan blog Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Disini anda dapat membaca segala pendapat dan buah fikiran dari tuan guru tentang isu-isu politik, semasa dan agama. Terdapat juga berita yang menyedihkan iaitu kemalangan maut empat rakan akibat dilenyek treler yang telah terpapar di muka depan Harian Metro. Juga berita jenayah yang semakin berleluasa terutama mengenai jenayah rompakan. Dalam bulan ini juga ada berita yang menyedihkan buat aku apabila seorang rakan aku telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Apa-apa jua yang berlaku sekali pun, semuanya di atas ketentuan-Nya.
Sekian...

0 comments: