Diragut, Peragut, Meragut

Filed under: by: maxxcena



Walaupun bunyinya seakan-akan perabut, tetapi peragut adalah sangat berbeza darinya. Kegiatan ini berleluasa sehebat penyebaran wabak "selsema babi" dan ia lebih berbahaya dari tinggal bersama harimau malah ia lagi kejam dari anjing yang sedang menggila. Kes ragut ini semakin bertambah sejak akhir-akhir ini dan lebih menyedihkan apabila kebanyakkan mangsa ragut maut dan parah.



Ramai orang merasa marah apabila memikirkan kekejaman peragut ini. Aku juga rasa begitu apabila membaca akhbar mengenai seorang ibu hamil maut setelah menjadi mangsa ragut. Apakah hukuman yang sesuai bagi mereka? Mereka bukan sahaja menakutkan orang awam terutama wanita, malah mencemarkan imej penunggang motorsikal seperti aku!

Dengan ini aku ingin menyenaraikan beberapa langkah berjaga-jaga dari serangan peragut ini :

  • Jalan di laluan yang bertentangan ( boleh nampak kenderaan di hadapan)
  • Jalan di tempat yang ramai orang
  • Bawa beg duit yang kecil ( lebih baik yang boleh simpan di dalam poket )
  • Jangan memakai barang kemas yang "menggiurkan" ( pakai kat umah je dah la)
  • Kalau boleh tak payah bawa hand bag
  • Berjalanlah secara berkumpulan

Mungkin kamu boleh menambah sendiri langkah-langkah keselamatan untuk kamu. Ambillah ikhtibar dari mangsa-mangsa yang sebelum ini. Alangkah baiknya jika peragut hanya meragut rumput seperti seekor lembu di padang....




salah seorang dari mangsa ragut




1 comments:

On 20 Mei 2009 pada 10:50 PTG , Akmar Anuar berkata...

sian ar mangsa2 ragut sume..isk..isk..lecturer akmar sendiri da ramai kene ragut...cian dorang..