Man Vs Maxx Vs Wild

Filed under: , by: maxxcena



Aku pun tak tahu dah berape hari aku cube meng-edit blog ini tapi hasilnya tetap tidak memuaskan hati beta. Dan ramai juga rakan-rakan yang cuba membantu tapi ternyata belum sampai masanya untuk blog ini bertukar rupa. Mungkin ia seperti Power Ranger yang hanya akan bertukar bila ada raksasa. Mungkin juga ia akan bertukar selepas aku menuntut dengan guru yang pakar tentang blog.

Terima kasih la kepada yang membantu aku,akan ku kenang jasa anda semua. Bukan mengenai perkara ini yang aku nak bincangkan, tetapi isi utama aku adalah mengenai rancangan TV kegemaran aku antaranya ialah Man VS Wild yang di siarkan di saluran Astro Discovery Channel (kalau kat remote Astro tu korang kena tekan no 551). Rancangan ini memaparkan cara bagaimana untuk menyelamatkan diri dan terus hidup apabila anda sesat di tempat-tempat yang agak sukar untuk selamat. Yang menariknya adalah lelaki dalam rancangan tersebut mengajar cara yang agak unik(aku pun tak pernah terfikir cara tu) seperti cara untuk mencari makanan di dalam hutan, cara untuk mencari sumber air(jika terdampar di pulau atau sesat di kawasan gurun), dan cara untuk membuat khemah(dari bahan-bahan yang terdapat disekeliling kita pada waktu itu). Ia juga berjaya membuatkan aku terasa diri aku seperti Rambo apabila aku menontonnya. Haha..!! :D

Selain itu rancangan yang menarik adalah The Lost Tape yang menceritakan mengenai makhluk-makhluk aneh yang sering menjadi perdebatan antara para saintis. Jadi rancangan ini memaparkan rakaman video yang berjaya merakamkan entiti yang tidak dikenal pasti seperti serigala jadian dan raksasa tasik. Nak aku terangkan l
ebih panjang lebar pun, aku cuma baru menonton satu episod sahaja, hehe.. Sebenarnya ini sahaja idea aku yang terlintas di fikiran aku semasa ingin menulis dan mungkin aku tidak dapat post entri yang terbaru dalam masa terdekat. Aku ingin berehat dan ingin menyiapkan kerja-kerja di alam nyata dulu. Maaf la kepada sesiapa yang mesej nya tidak dibalas oleh aku. Selamat Berehat! :D





.....---- Aku nak berehat, tapi tak begitu lame.


1 comments:

On 17 April 2009 pada 1:45 PG , Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

berehat lah sementara boleh berehat...
nanti dah bz,peh..dah tadeklah rehat2 ni..

:)